5 Perkara yang tidak dilindungi
oleh insurans kenderaan anda | Walaupun setiap kenderaan di wajibkan untuk
memiliki perlindungan insurance, namun hampir kebanyakkan orang tidak
mengetahui apakah jenis perlindungan yang ditawarkan oleh insurance kenderaan
tersebut. Secara umumnya, terdapat 3 jenis insurance iaitu perlindungan Pihak
Ketiga * Third Party Cover*, Pihak Ketiga * Third Party*, Kebakaran dan
Kecurian dan Perlindungan Komprehensif, di mana setiap perlindungan merangkumi
liputan yang berbeza untuk pemandu dan kenderaan bermotor mereka.
Ramai orang benar-benar faham mengenai insurance kenderaan
mereka hanya melalui cerita daripada orang-orang sekeliling. Disini, kami akan
menerangkan beberapa tanggapan yang salah mengenai perlindungan insurans auto
anda.
#1. Perlindungan kepada Kematian
atau kecederaan kepada diri sendiri (pemandu) dan penumpang.
Pihak pertama *First party* (termasuk penumpang) yang mengalami
kecederaan dan kematian dalam kemalangan jalan raya sebenarnya tidak dilindungi.
Tiada pampasan akan diberikan untuk sebarang trauma atau kematian oleh pihak
pertama.
Dan disinilah pentingnya insurance nyawa dan perlindungan
kesihatan.
#2. Perlindungan kepada Pengubahsuaian
dan aksesori.
Ramai daripada kita lebih cenderung untuk melakukan
pengubahsuaian kenderaan. Namun tahukah anda bahawa, apabila kenderaan anda
terlibat di dalam kemalangan, ianya tidak boleh dituntut sebagai ganti rugi
daripada pihak insurance? Melainkan anda memaklumkan mengenai pengubahsuaian
ini dan akan menyebabkan bayaran premium anda menjadi lebih tinggi.
Oleh yang demikian, elakkan pengubahsuaian yang terlalu
mahal atau menambah aksesori yang mahal sekiranya tidak mahu bersedih 1 hari
nanti jika kenderaan anda terlibat di dalam kemalangan.
#3. Kerosakan yang
disebabkan oleh banjir, tanah runtuh, dan ribut boleh dituntut.
Jika anda ada berfikir seperti ini, sila berfikir sekali
lagi. Dalam kebanyakan standard dasar yang komprehensif, kerosakan kenderaan
yang disebabkan oleh kejadian semula jadi adalah tidak diinsuranskan! Melainkan
anda menambah perlindungan insurance tambahan kenderaan anda.
Jika tidak, adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengelakkan
berada di kawasan yang mudah terdedah kepada kejadian alam ini. Sentiasa
letakkan kenderaan anda di kawasan yang lebih tinggi dan elakkan laluan yang
berisiko mengalami tanah runtuh.
#4. Perlindungan kepada Kemalangan
yang disebabkan oleh kecuaian penumpang.
Sentiasa ingatkan penumpang anda, terutamanya pada mereka yang
cenderung untuk menjadi cuai. Sentiasa berwaspada ketika anda sedang memandu di
jalan raya. Ini adalah kerana Apa-apa kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian
penumpang sangat mungkin tidak dilindungi oleh insurans auto anda.
Di antara kemalangan kecuaian penumpang adalah membuka pintu
kenderaan tanpa memastikan ada kenderaan lain yang lalu ketika itu dan
mengakibatkan kerosakan pada kenderaan. Oleh yang demikian, sekali lagi! Sentiasa
ingatkan penumpang anda untuk sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan.
#5. Perlindungan kepada
kes kecurian dalam kereta anda.
Anda tidak akan diberikan pampasan atas sebarang kehilangan
barang peribadi dari kereta anda. Sentiasa ingat untuk tidak meninggalkan
barang-barang berharga anda di dalam kereta atau meletakkan beg anda di bahagian
yang mudah dilihat oleh orang lain.
Seringkali kita dengar mengenai kejadian pecah kereta dan
pemiliknya mengalami kerugian akibat kehilangan wang, telefon bimbit, laptop
dan pelbagai lagi. Harus di ingat, kerugian ke atas barang-barang ini tidak
boleh dituntut.
No comments:
Post a Comment